Everything happens for a reason.
...
Mana mungkin sama kita dengan orang lain. Mereka
punya rezeki tersendiri, begitu juga kita.
Kalau kita baca semula post sebelum ni ; ada tiga hal yang tidak pernah kita tahu.
1. REZEKI
2. Umur
3. Jodoh
Rahsia Allah.
…
Allah huwa Al-‘Adlu.
‘Adil diddu-nya Zalim. Jika zalim itu
meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, maka di-ta’rif-kan ‘adil itu adalah
meletakkan sesuatu pada tempatnya. Walakin, kebanyakan daripada kita meletakkan
konsep ‘adil itu ialah sama rata atau persamaan hak. Sedangkan dari segi
maknawi, kedua-duanya berbeza.
…
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan
apa yang terdaya olehnya...’ (2:286)
Masakan Allah menguji kesemua hamba-Nya
dengan mehnah yang sama sedangkan Dia menciptakan kemampuan setiap orang
berbeza untuk saling melengkapi.
…
Kadang-kadang kita rasa cemburu melihat orang. Ya melihat orang. Kita
rasakan, betapa beruntungnya dia. Sehinggakan secara tidak sedar, kita hampir
menyalahkan takdir dan mula mempersoalkan keadilan Yang Maha Adil.
Nastaghfirullahal’azim.
Hati-hati. Takut-takut sampai satu masa,
hati yang selama ini dididik untuk bersangka baik dengan Sang Pencipta mulai
luntur. Takut-takut diri yang selama ini bertatih di jalan yang lurus tersasar
arahnya.
…
-Mithal-nya-
Kita bukan orang biasa-biasa. Kita adalah
orang awam yang Allah pinjamkan kesempatan untuk kita telusuri makna kehidupan.
Allah bagi kesempatan untuk lahir dalam keadaan muslim. Allah bagi kita peluang
untuk belajar dan hidup dengan agama. Kita ditatang bagai minyak yang penuh. Kita dilentur sedari dari
rebungnya.
Sampai masanya, lalu kita keluar dari kepompong
dan kita menjengah ke persekitaran baru. Sungguh asing bagi kita. Tidak semua
ahli-nya berasal dari kepompong yang sama. Awkward!
Berkenalan dan mereka discover kepompong
kita.
Di saat itu kita dijadikan rujukan. Mereka
menganggap kita adalah tiram. Kita diuji dengan penerimaan orang ramai.
Sepertinya kita menjadi harapan seantero dunia.
Lalu,
Kita berdoa kepada Allah untuk mengurniakan
sahabat agar dapat bersama-sama berjuang di jalan itu.
Kita memohon hati dan jiwa yang kental untuk
Allah tsabat-kan kita di jalan itu.
Kita memohon untuk Allah mudahkan jalan itu.
Kita memohon untuk Allah rahmati dan redhai
setiap derapan langkah kita di jalan itu.
Dan kita terus memohon itu dan ini.
Ditakdirkan bersama-sama perjuangan kita,
Allah hadirkan seseorang untuk berkongsi pengalaman dan bergandingan tangan ke
jalan itu. Masing-masing saling melengkapi. Alhamdulillah. Bersyukur tidak
terhingga.
Tetapi, sampai suatu saat, bila mana hanya kita
yang diuji dengan perjuangan itu, kita merasakan betapa bias–nya ujian ini. Kenapa
hanya kita diuji. Kenapa tidak kedua-duanya.
Persoalannya, layakkah untuk kita merasakan
sedemikian? Sedangkan kita yang meminta itu dan ini. Bagaimana mungkin kita
begitu deras melatah. Apakah tujuan sebenar persediaan kita dahulunya di kepompong? Adakah semata-mata untuk menerima apa yang kita suka sahaja?
Seeloknya cuba kita imbau masa lampau. Teliti sebentar, adakah sebelum ini pernah
kita di dalam kasut yang sama tetapi bukan stokin yang sama?
Jika pernah, ketuklah dinding hati
kita. Muhasabah balik diri kita.
Takkanlah setiap masa kita mahukan constant wave tanpa sebarang ectopic. Bukan
apa, takut-takut terlalu lama dalam comfort zone membuatkan kita leka. Leka
untuk mengeluarkan kata-kata tanpa tapisan. Leka dari tujuan sebenar kita. Leka
dari meng-consistent-kan amalan kita. Leka dari berusaha meng-improve-kan diri
dan orang lain. Leka dan terus leka.
Kerana berasa semuanya sudah cukup. Sudah tamam.
Namun, andai imbauan itu tidak membuahkan
hasil, selak dan intailah masa hadapan bersama-sama keyakinan dipatri dalam
diri. Yakinlah yang Allah telah simpankan kemas-kemas waktu itu. Sedangkan kita dituntut untuk bersangka baik dengan manusia, apatah lagi dengann Allah azza wajalla. Ayuhlah semai benih husnuzzon.
Bukankah bila mana ada yang rebah dan ada yang masih tegap berdiri, wujudnya the latter untuk membantu. Tidakkah ia seimbang?
Allahu Rabbuna. Peliharalah kami.
...
Let's think outside the box for a minute and try to find a better solution instead of keep complaining.
Selamat berjuang. Semoga berjaya :)
...
Apa yang baik itu datang dari Allah. Dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Pada hakikatnya, kullu min Allah, Ilaahuwwahid.
p/s : Mohon diperbetul mana yang ralit. Arigatou.