<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2682325991599090527\x26blogName\x3dA+Little+Memory+Written+between+Us+%D8%A7%D9%84...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zehntelbestalumni.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zehntelbestalumni.blogspot.com/\x26vt\x3d408847341178337104', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ahad, 10 Jun 2012

Betapa Beruntungnya Kita Suatu Masa Dahulu.


Assalamualaikum. Salam sahabat semua, moga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Secara tiba-2 aku terasa untuk mencoret di ruangan blog ini. Entah mengapa, hati ini seolah sakit, perit dan pelbagai rasa bercampur baur menjadi satu. Sesak terasa di dada. Mana tidaknya, aku yang baru sahaja selesai menunaikan solat fardu asar sebentar tadi rasa tidak senang. Gangguan yang ada sungguh merimaskan. Puas aku memaksa diri untuk khusyuk. Tetapi muzik yang pelbagai dialunkan didengarkan sesuka n sekuat hati di luar. Sudahlah betul-2 berhadapan dengan rumahku. Mengganggu.



Aku bukan mengeluh. Tapi itu realiti yang harus aku hadapi. Dugaan untuk hidup di sini memang kuat. Semestinya diri ini yang harus kuat, bukan menyalahkan keadaan. Sedangkan terdapat orang-orang yang menunaikan solat di tepi jalan raya. Bukankah di situ keadaan bising kerana kereta lalu lalang? Aku baru diuji sedikit sudah rasa goyah. Astaghfirullahal’azim. Baru terasa lemah diri ini.



Benarlah, dulu kita hanya menadah semuanya. Semua diberi. Tazkirah, peringatan, nasihat. Hampir setiap masa kita diingatkan. Beruntung bukan? Kini? Semua cari sendiri. Anda dekati sahabat yang membawa kebaikan, suka ke majlis ilmu, anda dapat manfaatnya. Tetapi jika anda tersalah pilih jalan, lain pula jadinya. Totally different nak dibandingkan kehidupan kita semua di sambest dahulu berbanding di dunia luar. Kita perlu survive sendiri. Berbekalkan ilmu yang kita bawa dulu, inilah masanya untuk dipraktikkan. Allahu rabbi.



Jujur, aku lebih gemar terperap di dalam bilik jika tiada sebarang aktiviti buat masa sekarang. Bukan apa, pemandangan di luar sana. Errr, aku tak gemar ke café kerana di sana percampuran antara siswa dan siswi sangatlah menyakitkan pemandangan mata. Selalunya, aku hanya bungkus makanan dan makan di bilik sahaja. Bukan di café sahaja begitu, boleh kata di mana-mana. Pernah satu malam, aku duduk di meja bilik mencuba membuat latihan math. Kedengarannya riuh sekali di luar. Kujenguk di tingkap, Ya Rabbi. Siswa dan siwi bersepah di bawah. Paling tak tahan, saling ambil gambar pulak tu. Istighfar panjang aku. 



Itulah realiti n hakikat kehidupan di dunia luar, yang aku tak pernah rasa sebelum ini. Cumanya, aku perlu terus kuat dalam menghadapi semua itu. Di saat orang lain bersosial, aku lebih memilih untuk menghabiskan masaku dengan membaca. Mudah-mudahan lebih terisi. Walaupun berseorangan ,*macam sekarang ni  aku yakin Dia sentiasa bersama denganku, dekat denganku, sentiasa mengawasi tiap gerak-geriku.



sahabat semua, 

Kurangkan merungut dengan apa yang terjadi di sekeliling kita. Lazimkan ucap syukur, kerana “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
 al-Baqarah ayat 216




Dia lebih mengetahui mana tempat yang baik bagimu. Tak kira kita tercampak ke mana sekalipun, itu semua kerja Dia. Dia datangkan dugaan kuat mana pun, kerana Dia tahu kita kuat untuk menghadapinya. Be strong sahabat! Moga ukhuwah kita terus kekal atas jalan redha-Nya, saling berpesan seperti dahulu. Moga kita semua terus thabat atas jalan dakwah dan tarbiyyah walaupun makin disibukkan dengan pelbagai urusan. Part time study, fulltime dai’e. insya-Allah. Sekian, assalamualaikum.



~ { 6:06:00 PTG }
aiming for the sky above;


XteenGeneration.>