<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2682325991599090527\x26blogName\x3dA+Little+Memory+Written+between+Us+%D8%A7%D9%84...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zehntelbestalumni.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zehntelbestalumni.blogspot.com/\x26vt\x3d408847341178337104', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Isnin, 29 Oktober 2012


Ada 3 Hal Kita Perlu Tahu ^__^



Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak akan kembali iaitu WAKTU, KATA-KATA & KESEMPATAN



Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang iaitu KEMARAHAN, KEANGKUHAN & DENDAM



Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang iaitu HARAPAN, KEIKHLASAN & KEJUJURAN



Ada 3 Hal yang paling berharga iaitu KASIH SAYANG, CINTA & KEBAIKAN



Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti iaitu KEKAYAAN, KEJAYAAN & MIMPI



Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang iaitu KOMITMEN, KETULUSAN & KERJA KERAS



Ada 3 Hal yang membuatkan kita berjaya iaitu TEKAD, KEMAHUAN & FOKUS



Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu iaitu REZEKI, UMUR & JODOH



TAPI



Ada 3 Hal dalam hidup yang pasti dan pasti iaitu TUA, SAKIT & KEMATIAN



~ { 8:47:00 PG }
aiming for the sky above;


Sabtu, 27 Oktober 2012

Aku, Kalian & Mereka




Assalamualaikum. Kalian, apa khabar hati? :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku.


Aku, Kalian, Mereka

Aku, hanya hamba. Hamba-Nya, yang hina, yang banyak dosa.

Aku, juga daripada kelompok kalian suatu waktu dahulu.

Juga aku, hanya yang biasa daripada kalian.

Dan kini, aku hanya seorang pelajar biasa, di universiti yang biasa-biasa.

Tika ini, hati ini diruntun rasa hiba, perit, lagi terkilan.

Baru tadi, aku menjenguk masuk ke halaman group kita di laman sosial itu.

Ya, X-Teen namanya.

Tempat di mana kita saling berkongsi cerita, maklumat, berita, tak kurang juga hal semasa.

Dan kini, aku tertarik pada suatu tulisan oleh seorang daripada kalian, berkenaan politik.

Ya, politik.

Politik yang dipandang sebelah mata oleh remaja-remaja seumur kita.

Politik yang dipandang sebagai suatu perkara yang tidak penting langsung oleh mereka.

Mungkin juga sesetengah kita.

Namun, kalian hebat sekali melontarkan pendapat masing-masing berkenaan itu.

Kagum.

Kerana, kuakui bahawa diri ini sejujurnya tidak sedalam kalian dalam mengkaji dan mengambil tahu hal-hal politik itu.

Mungkin kalian, sering didedahkan dengan isu semasa begitu.

Tetapi bukan bagi diriku.

Allahu Allah, walhal sedikit sekali yang kutahu tentang saudara seislam kita di negara sana.

Yang kini entah bagaimana keadaan mereka. Allah :’(

Terasa teruk sekali diri ini.

Namun, kalian harus faham.

Harus faham kondisi kami-kami yang bukan di tempat kalian.

Aku tahu, kalian boleh pandang ini sebagai alasan semata-mata.

Alasan. Dushhh.

Aku, bukan tidak ingin mengambil tahu.

Bukan, jauh sekali mengabaikan semua itu.

Teruskan usaha kalian.

Aku yakin, kalian mampu menjadi di kalangan yang terbaik dalam membangunkan ummah.

Menegakkan Islam, aku yakin itu.

Namun aku.

Izinkan aku untuk terus membantu mereka-mereka yang masih di bawah.

Yang masih mencari-cari pengertian Islam yang sebenarnya.

Yang masih belum faham erti kata menutup aurat yang sebenarnya.

Yang masih selalu mempersoalkan mengapa Allah jadikan begitu dan begini.

Yang masih samar-samar dalam memahami konsep dakwah dan tarbiyyah.

Izinkan aku untuk terus membimbing mereka daripada bawah.

Namun, jangan kalian  tinggalkan sahabatmu ini.

Aku, bukan tidak ingin bersama kalian, membincangkan masalah ummah.

Namun aku, ingin mengajak mereka terlebih dahulu menyucikan hati-hati yang masih bersisa jahiliyyah.

Juga hatiku , yang masih banyak sisa jahiliyyah yang tinggal bertapak.

Aku, mungkin tidak sama dengan kalian.

Kalian, ilmunya tinggi, tidak seperti aku.

Namun ketahuilah, kita tetap pada landasan yang sama.

Yakni, menuju redha-Nya.

Kalian, jumpa di syurga insya-Allah.


*abaikan segala kesalahan tatabhasa dan juga kepelikan dalam membaca artikel ini. ini bukan sajak, bukan puisi (sebab langsung tak puitis pun), juga bukan gurindam. hahaha. ini cuma luahan kata daripada seorang sahabat kalian. 



~ { 2:02:00 PG }
aiming for the sky above;


Isnin, 22 Oktober 2012

Tika Itu


Tika Itu

Dan di ketika itu kita
Membina segunung harapan
Terbina indah mimpiku

Terpatri sebuah ikatan
Hadapi segala rintangan
Indahnya sinar bercahaya

Dan tiba saat berbicara
Akan tekad yang di jiwa
Berpisah mengejar cita
Yang diimpi sekian lama

Kan kuabadi saat gemilang
Suka duka manisnya kenangan
Bersemat di ingatan
Moga kan kekal sepanjang zaman

Hanya kuharapkan ketenangan
Melayari hidup sendirian
Dalam mengejar impian
Moga tetap dirahmati Tuhan

Ku kan tetap bersama menuju impian di cita
Ke puncak kegemilangan yang tiada tara
Saat waktu kita kan pasti bersua akhirnya
Kita kan tetap bersama dalam mengejar cita


Saya Rindu Kalian Semua ;)


~ { 4:08:00 PTG }
aiming for the sky above;


XteenGeneration.>