<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2682325991599090527\x26blogName\x3dA+Little+Memory+Written+between+Us+%D8%A7%D9%84...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zehntelbestalumni.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zehntelbestalumni.blogspot.com/\x26vt\x3d408847341178337104', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Rabu, 18 April 2012

Ubat Rawan - Buat Kawan. :)

Bila datangnya ujian,
Di situlah letaknya penilaian Tuhan.
Mana mungkin syurga yang indah,
Boleh dapat sebegitu mudah?  :)

Ujian buat kita matang,
Bergantung pada bagaimana kita menghadapi badai mendatang.
Sama ada kita cepat putus asa,
Atau terus mengerah kudrat yang tersisa.

Biar sukma tidak menipu,
Memang benar, rasa tidak mampu,
Ketahuilah, akan ada rahsia Ilahi yang bakal terserlah.
Pahala besar tersedia untukmu,
Jika sungguh, ada rasa sabar dan redha yang bertamu.

Walau terasa beban di bahumu sebegitu berat,
Ada Allah yang menilai dan melihat.
Bersyukur, kerana ujian buat jiwamu subur.
Hanya yang terpilih, berpeluang merasa payah dan jerih.

Jangan gusar bila buat silap,
Kerana ada pengajarannya yang dapat kita serap.
Berbaik sangka, air mata di pipi itu segeralah seka,
Tidak lama lagi, di depanmu akan ada hikmah terbuka.

Percaya pada diri, alirkan semangat luar biasa tidak terperi.
Abaikan apa manusia lain kata, asalkan bersama kita,
Allah turut serta.   :)

Kala dadamu rasa sempit, pandanglah ke langit.
Jangan mudah tangis mengalah, kita masih belum kalah.
Berperang dengan rasa, kita masih punya masa.
Betulkan kesilapan, bentuk hati mapan.

Tika jiwa bagai terbang melayang,
Yakinlah pasti ada yang sangat sayang.
Kalaupun terdetik sakit, segera bangkit!
Jangan mudah tunduk menyerah,
Jangan mudah tewas marah.
Hadapi segala dengan tenang,
Kita pasti boleh menang.   :)





p/s : dulu, tulis ni secara tak sengaja untuk pujuk diri.   ;)
semoga ini, boleh pujuk hati kalian juga. percaya, setiap insan hadapi dugaan, cuma dalam bentuk yang berbeza. ingat, Allah tak uji dengan sesuatu yang kita tak mampu.  ( 2 : 286 )



kawan sampai syurga insya-Allah, uhibbukumfillah.  ^^
-HA 0711-

~ { 1:04:00 PTG }
aiming for the sky above;


Khamis, 5 April 2012

Dear Awak

BismIllahirRahmannirRahim.

Dear Awak,

Sebagai manusia,  yang dikelilingi kawan2 yg solah2, sering saya diingatkan bahawa cinta Tuhan itu yang kita perlu kejar. Tapi kan, tapi...saya bukan tumbuhan atau awan. Saya manusia. Ada rasa untuk merasa sesuatu. Ceh ceh ceh,,, alasan.


Ya, dan saya sudah menjadi mangsa kepada rasa pelik itu. Jangan tanya sejak bila. Soalan tu mcm pertanyaan “ bile roh kau dicipta?”, Sangat cepumas, sangat tiada jawapan.
Entah kenapa, engkau yang masuk dalam hati ni. Kata orang, biarlah rasa itu kerana Allah. Tapi jujur, aku tak faham benda alah kata-kata itu secara menyeluruh. Tapi ada yang menafsirkan, maksudnya, kalau aku ingat dekat kau, aku ingat Allah. Wah, besarnya rantaian mcm tuh.


Satu benda yang buat saya berprinsip, saya tahu rasa rindu itu juga dtg dari Dia. Hati manusia itu Dia pegang. Yelah, bukan ke semua itu dgn izin Dia?
Best en? Sukalah siapa pun, semua itu tetap dtg dari Dia. Itulah prinsip saya.


Tapi sampai ke hari ini, cakap hai dekat awak pun tak pernah. Mcm kelakar pulak kalau saya nak cerita dekat anak cucu saya nanti yang dulu2 atok/nenek kat sekolah kalau cakap hai tu kira berani sgt latuh (memandangkan saya ni pemalu). Sebab gaya cerita mcm tu sepatutnya kita2 ni (xteen) yang patut dgr dari org dulu2. Bukan cerita untuk generasi depan. Kelakar, tapi bangga, sbb masih mampu tahan benda2 mungkar ntah apa2 dari berlanjutan.Alhamdulillah.


Eh awak, patutnya dalam surat ni saya tak patut membebel, hilang macho. Sori awak. Tapi tulah, dah mcm diari dah saya nak bagitahu awak ni.  Yelah, kita ni siapa. Awak tu siapa. Tak pandang orang macam saya. Tengok dari jauh jelah. Eh tak, bukan mengusha. Tak, betul. Tapi kalau TERserempak adelah jantung ni laju sikit dari biasa. Hormon. * Sekarang aku menyalahkan hormon, bagus.


Habis sekolah, habis SPM, sampai lah kita ubah haluan, saya tak tahu mana datang kekuatan untuk terus tahan. Terima Kasih Tuhan. Macam2 idea berbisik dari otak konon angan-angan yang akhirnya kita tetap bersama dgn ikatan sah. Tapi saya tetap tak berani. Sebab? Sebab saya tak nampak penghujungnya kalau saya mulakan.


Lagi ketara, saya ni takut sebab yelah, awak kan ramai yang minat. Kena reject karang, exam saya entah ke mana nanti.


Dulu di sekolah, semenjak hati ini mcm sedar yang awak rupanya saya duduk tak sengaja suka, mesti nampak awak di mana2. Kantin, musolla, koridor. Ujian, ujian. Tabahlah hati.
Ada antara kawan-kawan kita yang ada mutual feeling. Gembira, sebab mereka ada kekuatan yang saya tiada. Kuat, untuk memulakan, sebab sekali mereka mula, mesti dalam niat hati masing2 hendak menghabiskan, betul tak? Kuat untuk dikritik, untuk menahan dari benda mungkar padahal masing2 tahu suka sama suka. ( Okeh sekarang jangan kata aku suruh start, tirulah mcm aku ni, tahan sampai sudah)





Kes saya untuk awak, tersimpan rapi dalam hati. Kalau ada jodoh, adalah. Bukan mengalah, tapi jalan awak, jalan saya masih jauh. Tidak tahu takdir kita menyimpang kembali atau tidak.



“Kenapa saya suka awak? Kenapa?” Saya tidak gemar soalan ni (padahal takde jawapan sebab saya tak kenal awak pun, yalah,,cakap hai pun segan bila pulak nak mesra2?).


Sebab soalan ni seolah2 bunyinye mcm ni: Tang mana hangpa ni suka kat dia yang boleh boleh buat hang bahagia?

Tuu diaa. Takkan saya nak jawab sebab dia lain jantina dengan saya?


Dulu kan awak, bila saya mcm dah tak tipu diri sendiri yang saya suka dekat awak, saya depressed gila. Yelah, sebab tiada alasan untuk suka dekat awak. Tapi hati ini tetap melekat. Saya kenal awak pun, dgr cerita2 dari kawan2 yang sama kelas dgn awak. ( kantoi kita tak sama kelas) Bila dulu pernah sama kelas, waktu tu hingusan, nak lolipop je tahunye.


Macam mana tahu kewujudan awak? Senang je. Saya kagum dengan kebaikan awak yang sedikit tu, kagum dgn reaksi awak dalam situasi gosip yang kawan2 saya sibuk hebohkan. Kagum sikit la.



Alhamdulillah. Ikut flow. Dah suka tu mengaku jelah. At least dekat diri sendiri. Lama-lama depressed tu hilang. Sebab apa? Sebab hidup ini untuk memberi. Saya tak tahu tentang awak, tapi hati saya pilih awak untuk beri rasa bahagia tu. (Awak cair tak, sweet kan saya ni? Tahu dah.)



Tapi cara saya, bukan dengan confess. Agaknya kalau pembelajaran pertama aku bukan Islam dan Iman, Jdrama ke Korea ke Komik ke, dah lama aku dapat kekuatan untuk confess. Tak percaya, cuba tgk satu drama Jepun yang genre dia ada romance, konfem dia ajar awak untuk berani confront rasa suka dekat seseorang.



Tapi tak, kekuatan yang Islam suruh bina adalah dari sudut lain. Memandangkan jiran saya bukan Dr. Fadzilah Kamsah atau Ustad Don, tanyalah mereka2 yang pakar tentang kerohanian Islam, jangan tanya saya.


Islam ni banyak lagi sudut yang perlu diketangahkan. Bukan asyik nak fikir cinta je. Tapi, jujurnya saya tahu saya rindu dengan kewujudan awak. Walau saya tahu saya tak pernah dapat tengok awak atau bercakap dengan awak, awak dekat pun saya rasa bersyukur. Tapi tu dulu di sekolah.



Sekarang, saya masih tak tahu saya kuat atau tak untuk kata babai kepada awak. Sebab bayangan awak masih ada walau sikit dengan saya. Mungkin saya masih dihantui.Sebab rasa itu ada, tapi orangnya dah tiada.


All the best untuk awak. Untuk saya especially. Sebab awak tak tahu apa-apa.



Yang benar,
Saya.


----------------------------------------------
( Sila tanda tangan )


P/S: YA, ramai yang sedang busy mengisi borang2 yang merepek-merepek demands mereka dalam syarat2 kelayakan, yang kalau disusun boleh dibukukan kerana menjangkau sejengkal tingginya, tapi jom SANTAI sekejap.


Sebenarnya, aku ni bukan lah baik sangat nak mewakilkan rasa mereka2 yang menempuh benda yang sama. Mungkin kisah kita berbeza, mungkin ada yang tak pernah rasa. Tapi kita manusia kan? Bukan hari ini mungkin esok giliran anda-anda pula. Chiao!

Assalamualaikum.Xteen.

~ { 3:35:00 PTG }
aiming for the sky above;


Rabu, 4 April 2012

Tiada tajuk

Sengaja tak letak tajuk.
Sebab bila takde tajuk, rasa misteri.
*lagu berkumandang

Assalamualaikum =)
Moga ikhwah dan akhawat sentiasa dalam redha Allah.


Bila pergi beli barang dapur di Tesco/Carrefour/Giant, aku selalu bosan.
Biasanya aku akan tenung tajam kanak-kanak dalam troli sampai dia orang palingkan wajah dan mengadu pada ibu dan bapa.


Ah,itu bukan motif utama aku menulis.


Tujuan entri ini adalah kerana


a..
ak..
aku...




"Tolong ingatkan aku semula wahai sahabat
Bahawa mati itu terlalu dekat
Bahawa seksaan kubur itu amat sarat
Bahawa terik mentari mahsyar itu sangat pekat
Dan bahawa panasnya hawa neraka itu amat dahsyat"


Entahlah, kadang2 aku rasa sedih di masa yang sama menyampah bila mana aku keluar dari rumah, yang dapat aku perhatikan majoriti ramai pasangan muda mudi yang berjalan erat berpegangan  tangan berdua-duaan. Memang..aku dah cuba husnuzon banyak kali yang diorang dah berkahwin. Tapi entahlah, akal menolak.Puas aku paksa otak aku supaya  menerima fakta tersebut tetapi tetap berdegil.


Ye,aku tak nafikan fitrah manusia ingin mengasihi dan dikasihi tapi kalau boleh biarlah dengan cara yang halal.Kadang2 jadi frust bila pelakunya sendiri muslim dan juga lepasan sekolah agama.Bila nak ditegur, dia jawab "ye wei, aku tahu wei, tapi susahla wei".


Memang la susah sebab kau ikut perasaan.Jujur aku cakap.Kita takkan dapat merubah diri kita selagi kita tak paksa diri kita untuk berubah.Dan kawan sekeliling juga menjadi faktor.Bukannya faktor untuk tejebak tapi faktor berubah.Kadang2 kawan sendiri yang sogokkan benda yang ntah hape2.Dok kenen2 kan lagi buat ape.Kau tau tak kau berdosa andai diorang betul suka dan kemudian diorang bercinta?Kau tau tak?




"Tolong ingatkan aku sekali lagi sahabat
Dan jangan biarkan aku sesat."


Bantu kawan untuk berubah,bukan sogok dia ke jalan yang tak elok.


Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah S.W.T.” (Hadis Riwayat Muslim)


Uhibbukum fillah abadan abada.
Aku nak jumpa korang semula di syurga.Bukan takat seronok2 kat dunia.Sebab dunia tak kekal lama.Tapi akhirat kekal abadi.









~ { 10:29:00 PG }
aiming for the sky above;


XteenGeneration.>