mari. :)
jangan begini. :)
mari kita manfaatkan masa sebaiknya. :D
waktu menunggu selama lebih kurang tiga bulan ini, patut jadi ruang untuk kita bina jati diri, penuhkan lompong-lompong kosong dalam dada dengan ilmu berguna.
jangan pernah kata "bosan", "tak ada apa untuk dibuat", sebab kita ada Al-Quran untuk dibaca, ditadabbur, dihafal.
(pesanan untuk diri saya juga)
sebab saya rasa dah terlalu lama berada dalam zon selesa, duduk dalam lingkungan manusia yang sama fikrah, sedangkan dunia baru yang bakal ditempuh entah bagaimana luar biasa cabarannya.
dan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati, maka kita sewajarnya punya prinsip yang kukuh, sebelum melangkah ke alam universiti bagi mengelakkan sebarang bentuk kejutan budaya daripada berlaku.
di situlah peranan sahabat. untuk sama-sama bergandingan dalam memperteguh pegangan dalam diri, yang tak mudah diubah oleh apapun, berpasakkan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, seperti yang telah kita belajar dan tahu selama ini. :)
maaf andai ada kata tak disenangi.
maaf andai ada patah terasa tak kena di hati.
maaf andai ada baris tak dapat dihadam, difaham. :)
- persiapkan diri untuk hadapi dunia mendatang (perancangan jangka pendek) dan akhirat abadi (perancangan jangka panjang)
peringatan untuk DIRIKU yang lupa. :)
Label: random.