<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2682325991599090527\x26blogName\x3dA+Little+Memory+Written+between+Us+%D8%A7%D9%84...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://zehntelbestalumni.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zehntelbestalumni.blogspot.com/\x26vt\x3d408847341178337104', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ahad, 29 Julai 2012

Recuerdo :')

Pertama kali kita berjumpa,
Tidak kepastiannya ternyata,
Diriku dipenuhi soalan,
Ku tiada teman.

Aku terlihat insan yang keliru.
Air yang deras mencermin wajahku.
Engkau menjelma memberi harapan,
Menghulur tangan.


Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali.
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan.

Detik masa kini kedengaran,
Aku mengucap selamat jalan,
Kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan.

Bagaikan anak yang baru dilahir,
Titisan mata pun mula mengalir,
Di simpang jalan kita menyebut kata terakhir.

Ku hargai semua yang terjadi.
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa.
Dihatiku.

~ { 11:54:00 PTG }
aiming for the sky above;


Sabtu, 14 Julai 2012

Random ~
Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana aku diberi masa untuk menaip entry yang aku tak tahu la ada yang baca ke tidak dek kesibukan melanda. Masing-masing dah sambung belajar, buat persediaan tu persediaan nie. Sama ada nak sambung belajar atau kakak abang kahwin.

Selalulah kan kita dengar pasal sensitiviti, sensitif and so on. Kerajaan pun dah menyarankan untuk kita hormat menghormati dalam kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Ehh , yeke? Hikhiks~ tanya korang balik pulak. Ape pun, Islam sendiri dah menyarankan supaya kita menghormati hak orang lain.

Tanpa kita sedar, sebenarnya kita kadang kala ta menghormati hak orang lain. Cakap main lepas. Contoh la : Ayat aku macam keling la. Haa~ kot kat belakang kita tu ada orang India ker. Kan haru macam tu. Belajar at Matriks, mungkin takde la non Malay . At IPTA , pun kurang. At IPTS , korang nampak la percampuran bangsa, budaya, adat mahupun bau. Err.

Let say if you all cakap main lepas je. Apa tanggapan orang lain? Mencarut tak tentu hala. Apa tanggapan orang lain? Terutamanya yang dah tahu korang tu ex sekolah agama. Mesti malu kan. Dari percakapan menzahirkan hati korang. Kalau korang duk mengumpat orang tu macam ni macam tu. Think about yourself first.


Semua orang pernah buat kesilapan termasuk diriku yang lemah nie. 

Dalam kehidupan sebagai siswa siswi pasti sibuk . Lecturer deny kerja kita. Member buat hal. Tutorial tak buat. Assignment yang tak tahu berapa lama berkepam dalam computer. Keep it calm. Respect others. Jangan mencarut. Hihi. 


Ni sebagai tambahan jelah.

My lecturer said, if nak dapatkan pointer yang baik, datang semua kelas dan buat draft pasal assignment korang pastu tunjuk kat dia. Jangan terus hantar je. Hehe. Common thing right ? Tapi tu yang selalu kita lupa nak buat. 

Sekian. Kalau ada ketidakpuasan hati tentang entry ini, mintak maaf awal-awal. Harap dapat la point yang penting.  Korang lebih pandai untuk meng ekspress kan perasaan melalui penulisan .

Jaga diri jaga kesihatan . Ramadhan dah nak dekat dahh :D


~ { 9:50:00 PTG }
aiming for the sky above;


XteenGeneration.>