<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/2682325991599090527?origin\x3dhttp://zehntelbestalumni.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Rabu, 2 Mei 2012

Tersebar Penulisan Tanda Kiamat Hampir


Dari Abdullah bin Amru, bahwasanya Rasulullah bersabda;                                                                    مِنْ اقْتِرَابِ السَّاعَةِ أَنْ تُرْفَعَ اْلأَشْرَارُ وَيُوْضَعُ اْلأَخْيَارُ وَيُقْبَحُ اْلقَوْلُ وَيُحْسَنُ الْعَمَلُ وَتَفْرِىَ فِي اْلقَوْمِ الْمَسَاءَةُ قُلْتُ وَمَا الْمَسَاءَةُ قَالَ مَا كُتِبَ سِوَى كِتَابِ اللهِ
Di antara  tanda dekatnya kiamat adalah manusia-manusia jahat dihormati sedang orang-orang baik direndahkan, kata-kata dianggap buruk dan aksi lebih dipuji, dan tersebarnya masa’ah pada manusia.” Aku –Abdullah- bertanya, “Apa itu masa’ah?” Rasulullah menjawab, “Sesuatu yang ditulis selain kitabullah.” (HR. ath Thabrani, Imam al Haitsami menyatakan rijal haditsnya shahih)
'Sesuatu yang ditulis selain kitabullah (al-Quran)'? Faham2 jer lah. Ianya meliputi surat khabar, buku, majalah, pamplet, papan tanda, blog, dan macam2 lagi. Tersebarnya الْمَسَاءَةُ merupakan antara tanda2 kiamat kecil yg sedang berlaku. Penulisan blog ini juga telah membuktikan bahawa tanda kiamat ini sedang berlaku. Apa yg penting, kita perlu mengambil iktibar daripada tanda ini dengan bertindak saling ingat-mengingati bahawa kiamat semakin hampir melalui penulisan. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menyeru manusia kepada petunjuk, maka dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang melakukannya tanpa dikurangkan walau sedikitpun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru manusia kepada kesesatan, maka dia juga akan turut berdosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa mereka walau sedikitpun. (HR Muslim)
Tamadun zaman silam menggunakan penanya dengan menulis kemajuan2 yang dikecapi. Pada era penjajahan kolonial Eropah pula, pengarang2 daripada kalangan anak jajah meniup semangat bencikan penjajah melalui penulisan mereka. Kita, umat milenium yang hidup di zaman pasca-merdeka ini, nak tulis pasal apa?
Manfaatkan kelebihan yang Allah beri kepada umat millenium seperti kita yg dipermudahkan penyebaran penulisan dengan mengarang rencana yang membina peradaban di blog, laman sosial, novel, majalah, surat khabar, dsb kerana rencana yang kita karang tersebar dgn meluas meliputi seluruh permukaan bumi dgn begitu pantas dan mampu dibaca oleh masyarakat antarabangsa yg sudah mempunyai populasi yg berbilion2. Manalah tahu ada yg tergerak hati untuk memeluk Islam atau ada yg mula nampak matlamat yg perlu dikejar dlm hidup atau ada yg terdorong ingin mencetuskan revolusi yg membina di tempat mereka, kan kita dah dapat pahala berdakwah. Tapi penulisan yg bertujuan nak marakkan api pergaduhan atau menyebarkan khabar angin palsu, Allah bagi warningSesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat”. ( Surah An Nuur: ayat 19). 
Hasil penggunaan Media Baru (Internet), orang ramai mewujudkan pepatah 'dunia di hujung jari'. Oleh itu, gunakan jari-jemari kurniaan Allah itu dengan mengarang sesuatu yang bermanfaat kepada ummah. Allahu Akbar! Pahala mengalir secara istiqamah kepada anda selagi rencana anda itu dibaca orang. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amalannya, kecuali (pahala) sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu memanjatkan doa untuknya. (HR Muslim)

~ { 11:17:00 PTG }
aiming for the sky above;


XteenGeneration.>