Sengaja tak letak tajuk.
Sebab bila takde tajuk, rasa misteri.
*lagu berkumandang
Assalamualaikum =)
Moga ikhwah dan akhawat sentiasa dalam redha Allah.
Bila pergi beli barang dapur di Tesco/Carrefour/Giant, aku selalu bosan.
Biasanya aku akan tenung tajam kanak-kanak dalam troli sampai dia orang palingkan wajah dan mengadu pada ibu dan bapa.
Ah,itu bukan motif utama aku menulis.
Tujuan entri ini adalah kerana
a..
ak..
aku...
"Tolong ingatkan aku semula wahai sahabat
Bahawa mati itu terlalu dekat
Bahawa seksaan kubur itu amat sarat
Bahawa terik mentari mahsyar itu sangat pekat
Dan bahawa panasnya hawa neraka itu amat dahsyat"
Entahlah, kadang2 aku rasa sedih di masa yang sama menyampah bila mana aku keluar dari rumah, yang dapat aku perhatikan majoriti ramai pasangan muda mudi yang berjalan erat berpegangan tangan berdua-duaan. Memang..aku dah cuba husnuzon banyak kali yang diorang dah berkahwin. Tapi entahlah, akal menolak.Puas aku paksa otak aku supaya menerima fakta tersebut tetapi tetap berdegil.
Ye,aku tak nafikan fitrah manusia ingin mengasihi dan dikasihi tapi kalau boleh biarlah dengan cara yang halal.Kadang2 jadi frust bila pelakunya sendiri muslim dan juga lepasan sekolah agama.Bila nak ditegur, dia jawab "ye wei, aku tahu wei, tapi susahla wei".
Memang la susah sebab kau ikut perasaan.Jujur aku cakap.Kita takkan dapat merubah diri kita selagi kita tak paksa diri kita untuk berubah.Dan kawan sekeliling juga menjadi faktor.Bukannya faktor untuk tejebak tapi faktor berubah.Kadang2 kawan sendiri yang sogokkan benda yang ntah hape2.Dok kenen2 kan lagi buat ape.Kau tau tak kau berdosa andai diorang betul suka dan kemudian diorang bercinta?Kau tau tak?
"Tolong ingatkan aku sekali lagi sahabat
Dan jangan biarkan aku sesat."
Bantu kawan untuk berubah,bukan sogok dia ke jalan yang tak elok.
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah S.W.T.” (Hadis Riwayat Muslim)
Uhibbukum fillah abadan abada.
Aku nak jumpa korang semula di syurga.Bukan takat seronok2 kat dunia.Sebab dunia tak kekal lama.Tapi akhirat kekal abadi.