<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2682325991599090527\x26blogName\x3dA+Little+Memory+Written+between+Us+%D8%A7%D9%84...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://zehntelbestalumni.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://zehntelbestalumni.blogspot.com/\x26vt\x3d6639374159171941321', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Ahad, 30 Jun 2013

Psst. Tolong jaga tepi kainku.


In the name of Allah. The Most Gracious and The Most Merciful.

I pray that all of you may enjoy good health (mentally and spiritually). If Allah wills.




"Bila salah seorang daripada kamu meminta nasihat kepada saudaranya, maka hendaknya (yang diminta) memberi nasihat."

(Hadis riwayat Bukhari)

..........

Sahabat,
sila jagakan kainku,
kerana kadang koyaknya di belakang,
aku tidak perasan,
lalu aku mendapatkan kebaikan.

Jagakan kainku sahabat,
tolong jahitkan jika kau mahu,
atau tutupkan jika ia tersingkap,
atau tercalit najis,
jangan sampai terserlah hijabku.


Jagakanlah tepi kainku sahabat,
tapi bukan untuk kau ketawakan,
atau wawarkan di khalayak,
kerana terburai segala kecacatanku.

Jagalah tepi kainku sahabat,
jika ia tersangkut duri,
tolong leraikan,
jika tidak aku akan jatuh tersungkur,
di kawasan berduri dan berbatu.

Bersama-sama jaga tepi kainku,
dan aku jaga tepi kainmu,
dan saling memberitahu agar kita semua tertutup malu,
agar kita tidak lena sepanjang perjalanan yang sementara ini,
untuk sama-sama raih bahagia,
di ALAM SANA.

# Ar-rayyan SAMBEST. Edisi 3. 2011 (If I'm not mistaken)

..........

Nostalgic sekejap.

Syukran ya Allah atas kurniaan ini. Terima kasih sahabat sudi menyambung rantaian ukhuwah antara hati-hati kita. Terima kasih untuk nasihat yang ditabur bak cendawan tumbuh selepas hujan. Juga telinga yang sukarela menjadi kawasan tadahan hujan. Bibir yang membarakan semangat etc .

Tak di nafikan sekarang masing-masing mashghul dengan perjuangan masing-masing. Walau perjalanan kita berbeza. Walau jarak kita berbatu. Namun tak bermakna, kalam nasihat yang selama ini tercurah dibiarkan membeku. Aku ni manusia. Kau juga manusia. Antara lumrah sifat manusia itu pelupa. Kerana itu, ingatkanlah aku. Bukan apa. Kau yang pernah makan se-tangan denganku. Kita pernah tidur se-lantai, mandi se-gayong, pakai se-baju, lari se-padang, terbang se-kepak. Eh. dll. Mana mungkin kau tegar biarkan aku tersadai keseorangan di tengah sahara yang gersang. Tak gitu?

Justeru, kau di sana bertebarlah berjuang dengan cara kalian. Aku disini juga akan cuba untuk berusaha sehabis baik di medan pertempuranku. Moga dengan itu, kita akan saling melengkapi, bersama mengumpul kejayaan bil-haq. Menyempurnakan tugasan kita sebagai hamba kepada Yang Maha Esa dan terus berusaha bersama mencapai matlamat yang satu, fi mardhaatillah. Biiznillah.

..........

Dunia kini ketandusan remaja bercirikan akhirat. Bagaimana pulak kita? Ketuk hati tanya jiwa.

Wallahu A'lam.



~ { 7:00:00 PG }
aiming for the sky above;


Jumaat, 7 Jun 2013

Everything happens for a reason.

...

Mana mungkin sama kita dengan orang lain. Mereka punya rezeki tersendiri, begitu juga kita. 

Kalau kita baca semula post sebelum ni ; ada tiga hal yang tidak pernah kita tahu.

1. REZEKI
2. Umur
3. Jodoh

Rahsia Allah.


Allah huwa Al-‘Adlu.

‘Adil diddu-nya Zalim. Jika zalim itu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, maka di-ta’rif-kan ‘adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Walakin, kebanyakan daripada kita meletakkan konsep ‘adil itu ialah sama rata atau persamaan hak. Sedangkan dari segi maknawi, kedua-duanya berbeza.



Allah tidak membebani seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya...(2:286)

Masakan Allah menguji kesemua hamba-Nya dengan mehnah yang sama sedangkan Dia menciptakan kemampuan setiap orang berbeza untuk saling melengkapi.


Kadang-kadang kita rasa  cemburu melihat orang. Ya melihat orang. Kita rasakan, betapa beruntungnya dia. Sehinggakan secara tidak sedar, kita hampir menyalahkan takdir dan mula mempersoalkan keadilan Yang Maha Adil.

Nastaghfirullahal’azim.

Hati-hati. Takut-takut sampai satu masa, hati yang selama ini dididik untuk bersangka baik dengan Sang Pencipta mulai luntur. Takut-takut diri yang selama ini bertatih di jalan yang lurus tersasar arahnya.


-Mithal-nya-

Kita bukan orang biasa-biasa. Kita adalah orang awam yang Allah pinjamkan kesempatan untuk kita telusuri makna kehidupan. Allah bagi kesempatan untuk lahir dalam keadaan muslim. Allah bagi kita peluang untuk belajar dan hidup dengan agama. Kita ditatang bagai minyak yang penuh. Kita dilentur sedari dari rebungnya.

Sampai masanya, lalu kita keluar dari kepompong dan kita menjengah ke persekitaran baru. Sungguh asing bagi kita. Tidak semua ahli-nya berasal dari kepompong yang sama. Awkward!

Berkenalan dan mereka discover kepompong kita.

Di saat itu kita dijadikan rujukan. Mereka menganggap kita adalah tiram. Kita diuji dengan penerimaan orang ramai. Sepertinya kita menjadi harapan seantero dunia.

Lalu,
Kita berdoa kepada Allah untuk mengurniakan sahabat agar dapat bersama-sama berjuang di jalan itu. 
Kita memohon hati dan jiwa yang kental untuk Allah tsabat-kan kita di jalan itu.
Kita memohon untuk Allah mudahkan jalan itu.
Kita memohon untuk Allah rahmati dan redhai setiap derapan langkah kita di jalan itu.
Dan kita terus memohon itu dan ini.

Ditakdirkan bersama-sama perjuangan kita, Allah hadirkan seseorang untuk berkongsi pengalaman dan bergandingan tangan ke jalan itu. Masing-masing saling melengkapi. Alhamdulillah. Bersyukur tidak terhingga.

Tetapi, sampai suatu saat, bila mana hanya kita yang diuji dengan perjuangan itu, kita merasakan betapa bias–nya ujian ini. Kenapa hanya kita diuji. Kenapa tidak kedua-duanya.

Persoalannya, layakkah untuk kita merasakan sedemikian? Sedangkan kita yang meminta itu dan ini. Bagaimana mungkin kita begitu deras melatah. Apakah tujuan sebenar persediaan kita dahulunya di kepompong? Adakah semata-mata untuk menerima apa yang kita suka sahaja?

Seeloknya cuba kita imbau masa lampau.  Teliti sebentar, adakah sebelum ini pernah kita di dalam kasut yang sama tetapi bukan stokin yang sama?


Jika pernah, ketuklah dinding hati kita.  Muhasabah balik diri kita. Takkanlah setiap masa kita mahukan constant wave tanpa sebarang ectopic. Bukan apa, takut-takut terlalu lama dalam comfort zone membuatkan kita leka. Leka untuk mengeluarkan kata-kata tanpa tapisan. Leka dari tujuan sebenar kita. Leka dari meng-consistent-kan amalan kita. Leka dari berusaha meng-improve-kan diri dan orang lain.  Leka dan terus leka. Kerana berasa semuanya sudah cukup. Sudah tamam.

Namun, andai imbauan itu tidak membuahkan hasil, selak dan intailah masa hadapan bersama-sama keyakinan dipatri dalam diri. Yakinlah yang Allah telah simpankan kemas-kemas waktu itu. Sedangkan kita dituntut untuk bersangka baik dengan manusia, apatah lagi dengann Allah azza wajalla. Ayuhlah semai benih husnuzzon.

Bukankah bila mana ada yang rebah dan ada yang masih tegap berdiri, wujudnya the latter untuk membantu. Tidakkah ia seimbang?

Allahu Rabbuna. Peliharalah kami. 

...

Let's think outside the box for a minute and try to find a better solution instead of keep complaining.

Selamat berjuang. Semoga berjaya :)

...

Apa yang baik itu datang dari Allah. Dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Pada hakikatnya, kullu min Allah, Ilaahuwwahid.

p/s : Mohon diperbetul mana yang ralit. Arigatou.


~ { 3:24:00 PTG }
aiming for the sky above;


Ahad, 14 April 2013


   APABILA SETAHUN BERLALU.....

Rasanye.. mcm dah lama jugak bersawang blog ni..
   Dah ada niat nak bersihkan sawang ni,
         TP Alhamdulillah ada orang lain yg bersihkan sawang ni dulu

Kalau tanya geng X-TEEN, siapa yang ingat apa yg terjadi pada tarikh ni.. tahun lepas???,
(hakikatnya, sang penulis pun baru teringat apa yang berlaku tarikh pada tarikh ni...)

ok ini la.. apa yg terjadi pada tarikh itu..


KENANGAN MANIS KAN...
     tp bukan nak focus apa yg terjadi, siapa yg dpt, siapa yg x dpt. (gambar ni ulang      
          tahun peringatan je...)

TP NAK FOCUS,

Setelah setahun yang berlalu,
Kala ini mungkin ada yang baru HABIS exam (dak asasi) ,
TENGAH exam  & BAKAL exam (bittaufiq dak matriks)
Kita semua mempunyai haluan sendiri,
Ada yang mengambil sains, jurutera, arkitek, agama  dll
Mungkin kali ini, haluan kita sangat berbeza,
Kalau dulu cuma dipisahkan dengan BIO, LK & AKAUN
Kali ini mungkin tiada satu pun yang sama dalam senarai pelajaran

TETAPI itu bukan la.. alasan mengatakan kita ini berbeza,
Kerana kita masih mempunyai persamaan,
Kita kan muslim & setiap muslim itu bersaudara,
& walaupun haluan kita berbeza tapi hadaf masih sama
iaitu MEMBANGUNKAN ISLAM.

hakikatnya kepelbagaian jurusan membuktikan
kita saling melengkapi &
kita juga saling memerlukan satu sama lain.

jadi, untuk memastikan ini berjaya,
kita bukanla.. study utk diri kita je...
tapi utk UMAT yg sentiasa MENANTIKAN kita
untuk MEMBANGUNKANNYA...

JADI sila study dengan TEKUN ye...

Kejayaan yang lepas tidak menjamin, Kejayaan hari ini
Kegagalan juga bukan la.. suatu musibah
           Bahkn menjadi CATALYST KEJAYAAN
                     PALING EFFICIENT di masa depan.

VIDEO KENANGAN HAC....


*credit gambar & video  firdaus rafie,  dora minta izin guna.

~ { 7:39:00 PG }
aiming for the sky above;


Rabu, 10 April 2013

undefined.



 ..: ان شاء الله :..


Tak lama lagi .

Semoga semua berjalan lancar. 

Sama-sama lah kita doa.

Apepun. Semoga Allah redha.






     شكرا لله     

~ { 1:59:00 PG }
aiming for the sky above;


Isnin, 29 Oktober 2012


Ada 3 Hal Kita Perlu Tahu ^__^



Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak akan kembali iaitu WAKTU, KATA-KATA & KESEMPATAN



Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang iaitu KEMARAHAN, KEANGKUHAN & DENDAM



Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang iaitu HARAPAN, KEIKHLASAN & KEJUJURAN



Ada 3 Hal yang paling berharga iaitu KASIH SAYANG, CINTA & KEBAIKAN



Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti iaitu KEKAYAAN, KEJAYAAN & MIMPI



Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang iaitu KOMITMEN, KETULUSAN & KERJA KERAS



Ada 3 Hal yang membuatkan kita berjaya iaitu TEKAD, KEMAHUAN & FOKUS



Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu iaitu REZEKI, UMUR & JODOH



TAPI



Ada 3 Hal dalam hidup yang pasti dan pasti iaitu TUA, SAKIT & KEMATIAN



~ { 8:47:00 PG }
aiming for the sky above;


XteenGeneration.>